Yang di-Pertuan Agong Malaysia Yang_di-Pertuan_Besar_Negeri_Sembilan

Sehingga tahun 2018, seramai dua orang Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia, iaitu:

  1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad iaitu Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu pertama. Baginda berkhidmat bermula daripada 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatan baginda pada 1 April 1960. Baginda mangkat ketika masih menjawat jawatan ketua negara dan tempatnya digantikan oleh Sultan seterusnya mengikut sistem penggiliran, iaitu Sultan Selangor, Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu dipangku oleh anakanda baginda, Tunku Laxamana, Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
  2. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman iaitu Yang di-Pertuan Agong Malaysia Kesepuluh. Baginda telah dilantik pada 26 April 1994 dan menamatkan tempoh penuh jawatannya selama 5 tahun pada 25 April 1999. Jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu dipangku oleh anakanda baginda, Tunku Laxamana, Tunku Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.